icon-search
icon-search
  • Mulanya Satu Cinta.jpg

Mulanya Satu Cinta

Product Description:

ISBN : 9789672923220

Format: Paperback 

Author: Rose Harissa

Published Date: 1 April 2022



Add to Cart.png

Synopsis:

EDDY EZLI berkahwin ketika mereka masih bergelar pelajar di Boston, USA. Malangnya usia perkahwinan mereka hanya bertahan selama setahun empat bulan. Tak sanggup hidup susah, Khairina meninggalkan Ezli dan anak mereka yang masih kecil. Mereka bercerai. Trauma dengan kegagalan rumah tangga, Ezlli menutup pintu hatinya. Sekembalinya ke Malaysia, Ezli bergantung penuh pada emaknya, Puan Faridah untuk menjaga dia dan Afi. Bagaimanapun Puan Faridah nekad merancang sesuatu demi masa depan Ezli dan Afi.

Iryanie, terdesak mahu cari pekerjaan demi menampung semester akhir pengajian. Dia nekad memohon kerja mengasuh anak Eddy Ezli. Permulaan perkenalan antara Ezli dan Iryanie sangat tak harmoni. Ezli sengaja mempamer sikap dingin agar Iryanie mengalah dan emaknya tak jadi pulang ke kampung.

“Isk! Stone cold betul! Rasanya dia memang patut diruqyah baru hati lembut agaknya…” - Iryanie

‘Ada hati dia nak ruqyah aku ya? Depan aku, kena tenung sikit dah tertunduk, pipi merah-merah…’ - Ezli.

Lama-kelamaan, hati Ezli mula melunak apabila melihat ketulusan Iryanie menjaga Afi. Hati mula terpaut sayang. Namun kehadiran Zamri yang ingin memperisterikan Iryanie dan kemunculan semula Khairina yang berkeras mahu menuntut hak hadhanah ke atas Afi, mengacaubilaukan hidup Ezli.

“Iryanie, aku tak mahu jadi majikan yang hanya memberi gaji bulanan pada kau. Aku mahu jadi lelaki yang memberi nafkah zahir dan batin kepada kau. Memberi seluruh cinta aku hanya untuk kau.

Apabila ujian demi uijian datang menimpa, mampukah Ezli dan Iryanie memperjuangkan cinta yang baru berputik. Akankah ada peluang untuk Ezli merasai kebahagiaan?

Semuanya terjawab dalam ‘Mulanya Satu Cinta’ edisi istimewa Skripsi yang lebih padat.

- +
icon-cart Add to Cart
Home

Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.